Maklumat korporat Penerbangan Malaysia

Malaysia Airlines head officePesawat Boeing 747-400 milik Malaysia Airlines

Malaysia Airlines telah disenaraikan dalam Bursa Malaysia di bawah nama Malaysian Airlines System berhad. Ibu syarikatnya adalah Penerbangan Malaysia Berhad. Syarikat penerbangan ini telah mengalami kerugian selama beberapa tahun akibat kenaikan harga minyak dan pengurusan yang tidak cekap. Kerajaan Malaysia telah merombak operasi syarikat penerbangan ini dan Idris Jala telah dilantik sebagai CEO yang baru pada 1 Disember 2005. Di bawah kepimpinan beliau, Malaysia Airlines telah membentangkan Business Turnaround Plan (BTP) pada Februari 2006 yang telah mendedahkan kekurangan hasil, rangkaian yang tidak berkesan dan tahap produktiviti staff yang rendah. Bangunan ibu pejabat Malaysia Airlines yang pernah dijadikan hiasan pada wang kertas RM20 pada suatu masa dahulu telah dijual. Ibu pejabat korporat Malaysia Airlines kini terletak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor.

Saham syarikat penerbangan ini dipegang oleh Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) (64.43%), Employees Provident Fund Board (10.72%), Amanah Raya Nominees (Tempatan) Sdn Bhd (5.69%), State Financial Secretary Sarawak (2.71%) dan Warisan Harta Sabah (2.4%). Syarikat ini mempunyai 19,546 kakitangan pada Mac 2007.

Anak syarikat

Malaysia Airlines mempunyai lebih 20 badan naungan dan badan bersekutu termasuk:

SyarikatJenisAktiviti utamaIncorporated inSaham Equiti Kumpulan
Malaysia Airlines Cargo Sdn. BhdSubsidiariKargoMalaysia100%
MASWings Sdn. Bhd.SubsidiariAirlineMalaysia100%
Firefly Sdn. Bhd.SubsidiariAirlineMalaysia100%
MAS Aerotechnologies Sdn BhdSubsidiariMROMalaysia100%
MAS Golden Holidays Sdn BhdSubsidiariTour operatorMalaysia100%
Malaysian Aerospace Engineering Sdn BhdSubsidiaryEngineeringMalaysia100%
MAS Academy Sdn BhdSubsidiaryFlight schoolMalaysia100%
Abacus Distribution Systems (Malaysia) Sdn BhdSubsidiariComputer reservation systemMalaysia80%
Taj Madras Air Catering LimitedAssociateCateringIndia20%
MAS Catering (Sarawak) Sdn BhdSubsidiariCateringSarawak60%
LSG Sky ChefsAssociateSyarikat peganganMalaysia30%

Perikatan

Pada Ogos 2011, Malaysia Airlines bersetuju menjalin perikatan dengan AirAsia melalui pertukaran saham. Pada Tahun 2013, syarikat ini menyertai Oneworld.[4]

==Kepimpinan==bagus

Rujukan

WikiPedia: Penerbangan Malaysia http://peanuts.aero/low_cost_airline_news/airline/... http://web6.bernama.com/aviation_news/news.php?id=... http://web6.bernama.com/aviation_news/news.php?id=... http://web6.bernama.com/aviation_news/news.php?id=... http://www.malaysiaairlines.com/ http://www.malaysiaairlines.com http://boeing.mediaroom.com/2016-07-27-Boeing-Mala... http://www.prnewswire.com/news-releases/boeing-mal... http://www.theborneopost.com/2018/09/01/malaysia-a... http://www.thejakartaglobe.com/seasia/major-overha...